Subscribe:

Labels

Tuesday 15 November 2011

5 college graduate(s) pursuing entrepreneurship as his/her career

1)

Unduk Ngadau 2009, Appey Rowenna Januin bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ratu pada pertandingan paling berprestij di Sabah itu memilih untuk menceburi industri pelancongan. Katanya, Sabah memiliki pelbagai keunikan yangh tersendiri dalam industri pelancongan menyebabkannya tertarik untuk menceburi perniagaan dalam bidang berkenaan suatu hari nanti.


"Kalau ada keinginan ingin berjaya maka tidak mustahil memandangkan banyak pelancongan yang menarik boleh kita terokai dan berpotensi dibangunkan sekali gus membantu membangunkan industri pelancongan di negeri ini," katanya.

Appey, 19, yang memiliki wajah ayu dan tampak jelita ini telah dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau pada Pesta Kaamatan 2009 peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan KDCA di Penampang tahun lepas.

Mengulas lanjut Appey berkata dia mula berjinak-jinak menyertai Unduk Ngadau ketika berumur 18 tahun dan ia adalah kali pertama bagi beliau menyertai pertandingan ratu cantik paling berprestij itu.

"Saya sangat bertuah kerana berjaya dimahkotakan sebagai Ratu Unduk Ngadau peringkat negeri pada tahun lepas. Saya berasa sangat janggal sewaktu partama kali menyertai Unduk Ngadau pada usia yang sangat muda.

"Selain itu.... saya tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelum menyertai Unduk Ngadau menyebabkan saya berasa sangat gementar semasa berhadapan dengan orang ramai," ujarnya.

Begitu pun, Appey tetap bersyukur diatas kemenangan yang menobatkannya sebagai Ratu Unduk Ngadau dan mereka yang banyak memberikan motivasi kepadanya untuk menyertai pertandingan tersebut ialah keluarga dan kakak sepupu beliau.

Baginya, Unduk Ngadau ialah titik permulaan dan selepas ini dia akan mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan sebagai permulaan untuk mencapai kariernya.

Berikut adalah biodata penuh Appey;

Nama: Appey Rowenna Januin
Nama bapa: Januin Jumanih
Nama ibu: Adeline Anus
Bilangan adik beradik: 4 orang (Appey anak ke-2)
Nama adik beradik : Allen Jay Januin,Arveynna Pamella Januin,Annette Rabecca Januin.
Umur: 19 tahun
Tarikh lahir: 27 Mac 1991
Tempat lahir: Hospital Papar
Asal: Papar
Ketinggian: 5"7
Berat badan: 50kg
Cita-cita: Ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam industri pelancongan
Matlamat hidup: Ingin berjaya dalam hidup
Makanan kegemaran: Makanan laut (udang,sotong,ketam dan ikan)
Minuman kegemaran: Jus buah buah-buahan dan susu segar
Warna kegemaran: Unggu, merah, hitam
Hobi: Membaca,melayari internet,membeli belah,meluangkan masa bersama rakan-rakan
Sekolah: SRK St.Mary, SMK St.Mary, Asean Tourism International College (Diploma in Tourism Management)

2)


Melihat kejelitaan eryin semua mata memandang pasti tergoda. Tidak hairanlah jika kita sebut wanita bergaya dan berjaya dalam hidup. Selain aktiviti sebagai suri rumah, mengangotai kebudayaan dia juga aktif dalam dunia perniagaan yang diceburinya.

Ketika ditanya tentang dunia perniagaannya bagaimana dia memulakan langkah pertama menceburi perniagaan, katanya: "Saya bermula kecil-kecilan di rumah melalui internet terutama melalui FB,kemudian sedikit demi sedikit memulakan perniagan melaui blog peribadi."

Eryin memegang teguh prinsif dirinyan, katanyan:
" sesuatu yang kita inginkan kalau kita usahakan maka ianya akan berhasil. malah kegagalan itu pasti jika kita lalai. Tetapi kegagalan adalah ilmu sebenarnya." Jelasnya

Berusia 28 tahun masih memperlihatkan kejelitaannya, bijak mengurus diri dan rumahtangga. Ketika ditanya tentang siapakah pendorong dia berjaya dalam perniagaan internet, dia menjelaskan:-

"Semuanya bermula dengan suami yang mendorong dan memberi modal permulaan, tanpa dorongan suami saya tak mungkin berjaya dalam dunia perniagaan. Suami bijak memberikan idea bernas untuk saya memulakan langkah."

Sebenarnya kejayaan itu datangnya dari berkat kata sepakat dan sifat-sifat seorang suami yang mahukan isterinya berjaya, maka tidak mustahil kejayaan akan dikecapi. Langkah pertama amat perlu dimulakan dengan kata sepakat dari pasangan. Sebagai isteri jika tidak mendapat restu suami, mana mungkin langkahnya akan berakhir dengan kejayaan.

"Saya amat beruntung kerana suami memahami apa yang saya lakukan dan kadang-kadang  suamilah yang banyak membantu saya dalam urusan perniagaan saya." jelas Eryin lagi. Juga diketahui suami Eryin seorang ahli perniagaan yang tidak kurang hebatnya dalam bidang insuran.

Anda yang ingin mengenali Eryin boleh add FB nya hanya cari "darling Eryn" atau jika ingin melayari blog perniagaan eryn sila klik sini:-  http://eryndarling.blogspot.com/

3) Jamaluddin Abdul Rashid





JAMALUDDIN Abdul Rashid yang dulunya siswazah menganggur kini menjadi usahawan tani yang berjaya di hadapan banglonya di Kampung Sadek, Kupang, Kedah.

BALING 24 Mac – Kira-kira 19 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), Jamaluddin Abdul Rashid bercita-cita untuk menjadi pegawai daerah.

Bagaimanapun permohonannya bagi pekerjaan ke arah jawatan tersebut gagal.

Beliau kemudian memohon pelbagai jawatan kerajaan tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Malu dengan keadaan dirinya yang masih menganggur walaupun memiliki segulung ijazah, Jamaluddin sanggup melakukan semua kerja termasuk menjadi buruh, bersawah dan menoreh getah – semua kerja yang tidak memerlukan ijazah.

Setelah lima tahun `menjaja’ ijazahnya, beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada 1986 memutuskan untuk tidak lagi memohon pekerjaan menggunakan kelulusannya itu.

Sebaliknya, Jamaluddin, 45, berusaha membuka tapak semaian pokok bunga dan pokok teduhan dan kini beliau merupakan usahawan tani yang berjaya.

Beliau bukan sahaja menjadi majikan kepada 10 orang pekerja tetapi mendapat kepercayaan sebuah pemaju terkenal untuk membekalkan pokok bunga dan teduhan ke jabatan kerajaan, sekolah dan swasta.

Hasil titik peluhnya mengusahakan tapak semaian yang dikenali sebagai `Semaian Ani Ayu’ itu, Jamaluddin yang pernah menyertai Skim Khidmat Siswazah (SKS) bagi graduan menganggur pada 1986, dapat membina sebuah banglo.

Banglo tersergam indah di Kampung Sadek, Kupang yang berharga lebih RM300,000 itu adalah lambang kegigihan, kecekalan dan keberanian seorang siswazah yang tidak bergantung harap kepada kerajaan semata-mata.

“Saya tidak berminat untuk bekerja di pejabat lagi walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi,” kata Jamaluddin ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di rumahnya, hari ini.

Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyesal kerana cita-cita menjadi pegawai tinggi kerajaan tidak tercapai.

Beliau turut menasihatkan graduan menganggur yang kini berjumlah 80,000 orang supaya tidak memilih pekerjaan dan berharap kerja `makan gaji’ semata-mata.

“Buatlah sebarang pekerjaan yang halal dan sebaik-baiknya buatlah pekerjaan sendiri kerana kita lebih bebas dan tidak terikat,” ujarnya.

Menceritakan kejayaannya itu, Jamaluddin berkata, beliau mendapat dorongan Jabatan Pertanian dan rakannya seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Botani Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengusahakan tapak semaian di atas tanah seluas satu hektar pada tahun 1991.

Tambahnya, beliau sedar untuk berjaya, segala perasaan malu, ego dan rasa rendah diri perlu dikikis bagi mencapai matlamat itu.

Bapa kepada dua anak hasil perkongsian hidup bersama Noraini Sulaiman, 39, itu kini boleh berbangga apabila perniagaannya telah berkembang ke seluruh negara walaupun pendapatan awal hanya sekitar RM400 sebulan.

Menurut Jamaluddin, ijazah yang diperoleh hanya sekadar untuk mendapat pengetahuan serta ilmu tetapi ia bukan lesen untuk memperoleh kerja bergaji besar tanpa berusaha sendiri.

“Saya semakin seronok apabila perniagaan ini mampu memberikan pendapatan lumayan sehingga melebihi empat angka,” kata Jamaluddin yang turut menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan semula Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi.

Bagaimanapun katanya, skim itu perlu meningkatkan bimbingan secara berterusan kepada bekas siswazah, sementara golongan itu pula perlu mengikis sikap untuk bekerja makan gaji semata-mata selepas tamat pengajian di universiti.